Tuesday, August 16, 2011

Ogos,2011

Salam Ramadhan. Tenggelam timbul aku ni ..mcm biskut..kejap ada, kejap x ada...tapi banyak yg x ade dari yang ada... Sibuk la tu kononnya..tapi memang aku sibuk pun..hahaha.

Program sekolah x pernah surut...sentiasa pasang aje..maklumlah dah dicalonkan SBT..kena kerja kuat sikit..tapi sekarang..bhgn tugasan aku utk SBT ni dah diserahkan kpd cikgu lain...cikgu-cikgu tahun enam kena fokuskan UPSR yang x sampai sebulan lagi. Bulan lepas, aku sibuk siapkan post mortem dan slide utk trial UPSR. Mujur juga aku beringat awal, elok-elok siap je.. pegawai JPN datang ke sekolah..nak tahu perkembangan murid-murid tahun enam..

Bulan depan seminggu lepas raya maka berlangsunglah UPSR. Aku risau gak..budak-budak enam melur ni x stabil keputusannya.. Buat kelas bimbingan, murid-murid yg bermasalah tu x datang..macam keputusan bagus sangat. Yg aku hangat tu..kelas tuisyen pergi..tapi keputusan mcm tu juga...

Apabila nak ke arah UPSR, maka tugas aku pun bertambah. Ini tahun ketiga jadi ketua pengawas UPSR..rasa-rasa tahun depan bagi orang lain la. Biar sama-sama rasa. Tanggungjawab amatlah berat. Tugas amatlah mencabar. Moga-moga tahun ni x ada masalah..moga pengurusan bakal sekolah yg aku jaga nanti baik..murid-murid pun x bermasalah. Yg penting..pengawas-pengawas yg menolong aku, x mendatangkan masalah kat aku..

Thursday, June 23, 2011

Jun, 2011

Baru selesai habis kejohanan sukan tahunan. Tahun ni buat sebelah petang. Pagi buat persiapan..macam biasa ler.. Bilalah aku nak jadi pentadbir? Kalau aku jadi pentadbir, aku tak naklah arah2 jer.. susah senang biarlah sama-sama rasa. Kadang-kadang rasa hangat je hati apabila memikirkan pentadbir baru ni... Kita ni bekerja, biarlah berkat rezeki tu. Tak rasa apa-apa ke apabila tengok cikgu2 memerah keringat... Sekurang-kurangnya jadi satu pengajaran kepada aku. Apabila majlis selesai, berjalan lancar..yang dapat nama...entahlah..dunia,dunia.

Lepas satu-satu kerja datang. Cikgu zaman sekarang bukan sama macam cikgu dulu. Cikgu2 dulu x buat kerja lain. Sekarang..asal ada aja program, semua nak ambil. Nak dapat nama pun..agak-agak patutla. Fikirlah tenaga-tenaga pelaksananya. Nak result akademik bagus..tapi kebajikan cikgu tak dijaga...

Rasanya macam nak pi bercuti je..release stress bekerja. Otak pun nak berehat. Kadang-kadang apabila kita baik, orang lain ambil kesempatan. Selagi aku boleh buat, aku buat...Apabila kita memikirkan kesusahan kita, ada orang lain yang lebih susah, lebih sibuk daripada kita. Maka, aku pun dengan hati yang ikhlas menyiapkan kerja yang sepatutnya disiapkan oleh orang lain. Adakah orang lain berfikir sebagaimana aku berfikir..dan bekerja sebagaimana aku bekerja?

Tuesday, May 17, 2011

Mei II 2011

Hari Guru datang menjengah lagi. Seronok memang seronok..tapi macam ada yang kureng sikit... Aku macam x ada semangat nak sambut Hari Guru tahun ni....

Bulan ni aku sedikit "tension"... Banyak kerja yang tak abis2. Kadang2 aku tak faham...kalau orang tu boleh buat kerja..maka orang tu jugalah yang diharapkan untuk selesaikan kerja-kerja tersebut. Lagi satu..aku ni bukan jenis suka tangguh-tangguh kerja..tapi itulah..kerja2 yang aku perlu selsaikan semuanya datang serentak... X abis di sekolah, sambung di rumah. Kawan2 seronok dengan famili, aku sibuk dengan program SAPS dan MSA. Kadang-kadang sedih juga, tapi aku buat-buat happy. Aku seronok main dengan data-data ni... tapi ada tugas2 sampingan yang aku perlu selesaikan.


Friday, May 6, 2011

Mei 2011

Emmm..kat mana nak mula dulu..macam-macam yang berligar di kepala...Oklah...seminggu dua yang lepas, hatiku tercuit sedikit dgn ragam anak sedaraku. Budak nak membesar mcm tulah... kita ambil peduli, sayangkan dia.. dikata kita ni busybody. Setakat beri nasihat kat anak2 buah... masing-masing punya tafsiran yang berbeza. Apabila duduk berjauhan dengan keluarga..kadang2 ada yang ambil kesempatan. Dulu terasa dikongkong...kini rasa lepas bebas. Mulalah buat sesuatu yang pada fikiran mereka x salah. Perkara biasa... Buat anak sedaraku itu.. angah tetap mendoakan yang terbaik..walaupun ada sedikit rasa sedih.

Minggu lepas, Hari Anugerah Cemerlang Akademik RPS. Kali pertama dalam sejarah aku bertugas di post yang lain. Bahagian jamuan..hahaha. Nampak senang..yelah bukan aku yang masak..order jer..tapi biasalah...persiapan tempat kena buat juga. Memang minggu lepas..tiap2 hari balik lewat.. Majlis x habis lagi..aku minta tolong dengan kawanku tengok2kan apa-apa yang patut sebab aku nak balik awal. Awal tak awal pun..pukul 12 tgh aku balik. Aku nak ke Pekan, Pahang..barang2 semua dah kemas..Pukul 12.45 kami bertolak ke Kuantan.

Memang penat..maklumlah macam x cukup rehat. Jadi kat rumah anjang..aku x delah menolong sangat. Maklumlah buat kenduri kahwin..banyak gak orang yang menolong..jadi aku tolong tengok aje.... Tidur di Tg Lumpur..rumah adik ipar. Dua malam kami di sana. Seronok memang seronok berjalan jauh ni..luas pandangan..hilang juga tekanan kerja di sekolah. Hemmm sampai rumah.. tetiba rasa penat balik. Kena kemaskan barang2..basuh baju... mujur baju nak pakai pi sekolah keesokannya aku dah gosok.

Sunday, April 3, 2011

April 2011

Hah..semalam paper terakhir aku. Aku dah habis belajar. Tunggu result je...Macam sekejap pula belajar. Padahal 4 tahun..dari Okt 2007 hinggalah April 2011. Tetiba rasa masa mcm kosong je. Lepas ni x ada buat assginment..x terkejar2 nak baca buku. Rindu pula waktu-waktu tersebut.

Aku dah ada senarai utk dibuat lepas habis belajar. Untuk sekolah, ada jawatan baru. Jd s/u kurikulum. Walaupun belum ada pengumuman secara rasmi, tetapi aku dah diberitahu secara personal. Kemaskini fail kurikulum...sudah pasti kena buat. Selaku s/u peperiksaan..laporan ujian Mac aku belum print lagi. Jadual kerja PKSR 1 aku dah buat..tapi belum cetak juga. Utk website sekolah aku sebenarnya "blur" lagi utk buat bhgn aku. Aku cuma sempat buat jadual waktu ujian utk 2011 dan carta organisasi kurikulum je..itupun memang dah ada dalam fail. Dah masuk dlm prog dreamweaver..x taulah betul ke tidak. Wanie edit la mana-mana x betul...

Utk habis masa di rumah..rasanya nak belajar menjahit..hehehe..nak belajar jahit langsir. Mana tau boleh buat income sampingan...

Sunday, March 27, 2011

Mac 2011

Nampaknya..sebulan sekali aku kemaskini blog ni. Mcm2 peristiwa yg berlaku di sekolah sepanjang bulan Mac. Kwn seperjuangan, Indhira, dah jadi GB di SK Methodist Malim Nawar. X dikit, banyak goyah juga semangat guru-guru Thn Enam RPS apabila Indhira x ada. Namun, perjuangan harus diteruskan, Kami kena buktikan yg kami boleh berjaya..Matematik boleh dapat 100% meskipun Indhira x ada. Namun, aku percaya, Indhira pun nak tgk kejayaan kami walaupun ketiadaannya di RPS. Program2 yg dirancang kena laksanakan juga. Kak Zan selaku tekong kami masih ada..kalau Kak Zan naik pangkat juga..emmm x taulah..patah sayap kanan kiri.

Pejam celik, pejam celik dah tahun 2011. Maknanya tahun ni tahun akhir aku belajar. Baru tadi aku serahkan kajian akhir kepada penyelia. Terasa cepat pula masa berlalu. Tahun 2007 mula belajar..rasanya lambat nak habis. 2 hb April, final exam. Mujur 1 paper je. Lepas tu..aku MERDEKA. Tunggu keputusan pun seksa juga..tapi apa-apapun aku dah habis belajar. Mestilah aku akan aplikasikan ilmu yang aku dapat kepada murid-murid aku. Kalau x, buat apalah susah-susah belajar.

Cerita fasal sekolah semula..bulan empat ni nampak gayanya sangat sibuk. Tiap-tiap minggu cuti sehari jer...hari Ahad je cuti. Tiap-tiap Sabtu ada program di sekolah. Sabtu depan 2hb aku boleh excuse sebab exam. Sabtu2 berikutnya...alahai..penatnya badan. Nampaknya x bolehla nak balik Hulu Langat jenguk mak ayah. Hari Sabtu 30hb April, sepupu kahwin di Kuantan. Hari tu di sekolah ada Majlis Anugerah Cemerlang. Lepas habis majlis, baru boleh gerak ke Kuantan. Mujurlah hari Isnin tu cuti Hari Pekerja. Masa tulah boleh jumpa mak ayah dan sanak-saudara yang lain. Lepas tu..kena tunggu cuti sekolahlah pula...

Sunday, February 6, 2011

Februari 2011

Baru balik dari Langat..menghabiskan cuti seminggu di sana. Tambahan pula kenduri si bongsu tinggal beberapa hari je lagi. Selaku kakak maka sewajarnyalah aku menolong apa-apa yang patut. Kali pertama jugalah suamiku lama bercuti di rumah mertuanya. Aku berharap sume yang dirancang berjalan dgn lancar. Sederhana tapi meriah. Rasa2nya ramai tetamu yg hadir. Maklumlah walimatul urus untuk si bongsu. Moga2 makanan mencukupi. Tgk gelagat mak ayah macam x sabar2 je menerima menantu baharu. Kad jemputan dah habis..jemputan mulut lagi..pesan2 lagi...ha...boleh bayangkan..:) Rasa2nya bln ni memang bajet lari...smpi x t'kejar :) Tp..mana2 perkara yang perlu dilangsaikan, aku dah selesaikan.

Lepas selesai kenduri si bongsu, baru aku boleh fokus pd assgn & kajian aku utk final sem ni. Hari Sabtu ni aku t'paksa tuang kelas sebab majlis perkahwinan si bongsu. Hari Ahad pula x dapat jumpa tutor utk bincang psl kajian. Jd..buat sibongsu...angah korbankan kelas utk majlismu...faham2 sendiri la ye.