Sunday, March 27, 2011

Mac 2011

Nampaknya..sebulan sekali aku kemaskini blog ni. Mcm2 peristiwa yg berlaku di sekolah sepanjang bulan Mac. Kwn seperjuangan, Indhira, dah jadi GB di SK Methodist Malim Nawar. X dikit, banyak goyah juga semangat guru-guru Thn Enam RPS apabila Indhira x ada. Namun, perjuangan harus diteruskan, Kami kena buktikan yg kami boleh berjaya..Matematik boleh dapat 100% meskipun Indhira x ada. Namun, aku percaya, Indhira pun nak tgk kejayaan kami walaupun ketiadaannya di RPS. Program2 yg dirancang kena laksanakan juga. Kak Zan selaku tekong kami masih ada..kalau Kak Zan naik pangkat juga..emmm x taulah..patah sayap kanan kiri.

Pejam celik, pejam celik dah tahun 2011. Maknanya tahun ni tahun akhir aku belajar. Baru tadi aku serahkan kajian akhir kepada penyelia. Terasa cepat pula masa berlalu. Tahun 2007 mula belajar..rasanya lambat nak habis. 2 hb April, final exam. Mujur 1 paper je. Lepas tu..aku MERDEKA. Tunggu keputusan pun seksa juga..tapi apa-apapun aku dah habis belajar. Mestilah aku akan aplikasikan ilmu yang aku dapat kepada murid-murid aku. Kalau x, buat apalah susah-susah belajar.

Cerita fasal sekolah semula..bulan empat ni nampak gayanya sangat sibuk. Tiap-tiap minggu cuti sehari jer...hari Ahad je cuti. Tiap-tiap Sabtu ada program di sekolah. Sabtu depan 2hb aku boleh excuse sebab exam. Sabtu2 berikutnya...alahai..penatnya badan. Nampaknya x bolehla nak balik Hulu Langat jenguk mak ayah. Hari Sabtu 30hb April, sepupu kahwin di Kuantan. Hari tu di sekolah ada Majlis Anugerah Cemerlang. Lepas habis majlis, baru boleh gerak ke Kuantan. Mujurlah hari Isnin tu cuti Hari Pekerja. Masa tulah boleh jumpa mak ayah dan sanak-saudara yang lain. Lepas tu..kena tunggu cuti sekolahlah pula...