Saturday, January 31, 2009

Selamat Hari Lahir Mak, Sifa & Shahirah


Nak tunjuk manja dengan nenek la tuh..

Menung jauh Aya...


Fati...memang buruk makan :)


Nampak sebaya je Sifa & Shahirah


Ayah...moga sihat sejahtera

Balik ke Langat

Harap mak semakin beransur baik. Memang rasa x keruan bila dengar mak x sihat. Lambat betul menunggu hari Jumaat. Lepas je solat Jumaat, kami pun balik ke Langat.
Sampai KL lebih kurang jam 5..betul2 masa orang keluar pejabat. Di Ipoh x de sesesak macam di KL. Jadi dah x de keje....amik gambo





Tabung Untuk Palestin

Lama tak menulis. Seminggu cuti sekolah...seminggu juga la x buka laptop. Cuti sakan. Itulah antara untungnya jadi pendidik...Hari Jumaat 23 hb Jan yg lepas, SK Raja Perempuan serahkan kutipan untuk Palestin.Emmm banyak juga RM2,100.00. Jadi...ini gambar sekitar majlis penyerahan kutipan tu..
Yg lelaki tu...YDP PIBG En. Hazman Wong

Guru Besar SK Raja Perempuan, Pn. Norazmah bt A. Aziz

Dah namanya budak... x boleh duduk diam...


Saturday, January 17, 2009

Minggu Ketiga Tahun Baru

Hari ni dah masuk minggu ketiga tahun baru. Kerja sekolah pun dah mula mencurah-curah. Tak tahu nak mula yg mana dulu. Sendiri punya kerja...sendiri la kena selesaikan. Esok pula kelas pertama tutorial bagi sem ni. Aduh..minggu ni rupa-rupanya x de cuti la. Hari ni kelas ganti untuk Cuti Tahun Baru Cina nanti. Ha...raya Cina nanti, angah cuti seminggu la Aya, Kakak...jadi jangan cemburu aaa. Cuti seminggu pun tak dapat balik Langat. Pak Ngah ajak balik Selama. Pak Ngah nak buat kenduri doa selamat sebab kes kemalangan hari tu dah selesai.

Monday, January 5, 2009

Selamat Tahun Baru

Tahun 1430 H ni @ 2009 belum tulis apa2 lagi. Hari ni dah mula kerja. Cuti hampir 2 bulan terasa sekejap pula. Ha..la kena kuatkan fizikal dan mental untuk berhadapan dengan murid-murid baru. Tahun ni mengajar tahun 4. Aduih..kelas tingkat 3..jenuh naik turun tangga. Memang kena pakai sandal je la jawabnya. Apapun tahun ni mengajar tahap dua. Nak dapat pengalaman baru. Moga tahun ni dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Insyaallah.