Thursday, February 11, 2010

Februari 2010

Kepala ni tengah serabut sikit. Dah masuk tutorial kedua..assignment tak mula lagi. Apsal jadi macam tu? Semangat tu x datang lagi. Assignment Seni kali ni kena buat mobail...bab buat kerja seni ni..memang minat. Tapi masa macam suntuk sangat. Idea dah ada..tapi tak tahulah hasilnya nanti cemerlang atau sebaliknya. Komsas pun soalannya berat juga...lambatnya nak habis belajar ni..Soalan Moral nampak macam senang..tapi hingga kini masih x siap-siap lagi. Mungkin faktor cuaca yang agak panas ni menyebabkan aku tak selesa dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Tapi..itu sebenarnya bukan alasan..

Kerja sekolah memang x pernah habis. Tapi tak mengapalah..dah itu kerja kita. Buatlah setakat termampu. Kak Zan pun dah risau sebab kajian tindakan x mula lagi. Aku dan Leha tunggu lampu hijau daripada Kak Zan je...apa yang penting..kerjasama. Harap-harap kajian tindakan kami tu nanti mendapat maklum balas yang positif.

Tahun Baru Cina ni..dengar khabar ramai gak nak datang ke rumah aku. Mak, ayah, dua orang adik aku, anak-anak buah, utih, lokman dan sarah. Uihh..meriah rasanya. Kali terakhir semua keluarga aku datang ke Ipoh semasa aku duk di Taman Sri Rapat. Rumah teres setingkat..3 bilik. Yang datangnya mak, ayah, fati, keluarga akak & juga keluarga siti. Masa tu arwah zuraimi ada lagi. Macam sardin apabila tidur waktu malam. Dengan panas lagi. Tapi..itu dulu. Sekarang, alhamdulillah..dah ada rumah sendiri. Saudara mara nak datang, dialu-alukan lagi. Cadangnya nak ke Kulim..ada kenduri kahwin. Esoknya, depa pi Pangkor kut. Plan x pasti lagi. Apapun aku x sabar nak sambut kedatangan mereka.