Friday, May 6, 2011

Mei 2011

Emmm..kat mana nak mula dulu..macam-macam yang berligar di kepala...Oklah...seminggu dua yang lepas, hatiku tercuit sedikit dgn ragam anak sedaraku. Budak nak membesar mcm tulah... kita ambil peduli, sayangkan dia.. dikata kita ni busybody. Setakat beri nasihat kat anak2 buah... masing-masing punya tafsiran yang berbeza. Apabila duduk berjauhan dengan keluarga..kadang2 ada yang ambil kesempatan. Dulu terasa dikongkong...kini rasa lepas bebas. Mulalah buat sesuatu yang pada fikiran mereka x salah. Perkara biasa... Buat anak sedaraku itu.. angah tetap mendoakan yang terbaik..walaupun ada sedikit rasa sedih.

Minggu lepas, Hari Anugerah Cemerlang Akademik RPS. Kali pertama dalam sejarah aku bertugas di post yang lain. Bahagian jamuan..hahaha. Nampak senang..yelah bukan aku yang masak..order jer..tapi biasalah...persiapan tempat kena buat juga. Memang minggu lepas..tiap2 hari balik lewat.. Majlis x habis lagi..aku minta tolong dengan kawanku tengok2kan apa-apa yang patut sebab aku nak balik awal. Awal tak awal pun..pukul 12 tgh aku balik. Aku nak ke Pekan, Pahang..barang2 semua dah kemas..Pukul 12.45 kami bertolak ke Kuantan.

Memang penat..maklumlah macam x cukup rehat. Jadi kat rumah anjang..aku x delah menolong sangat. Maklumlah buat kenduri kahwin..banyak gak orang yang menolong..jadi aku tolong tengok aje.... Tidur di Tg Lumpur..rumah adik ipar. Dua malam kami di sana. Seronok memang seronok berjalan jauh ni..luas pandangan..hilang juga tekanan kerja di sekolah. Hemmm sampai rumah.. tetiba rasa penat balik. Kena kemaskan barang2..basuh baju... mujur baju nak pakai pi sekolah keesokannya aku dah gosok.