Saturday, October 23, 2010

Oktober 2010

Salam... Bulan 10 ni boleh kata semua guru sibuk. Sibuk tanda kertas exam akhir tahun. Aku masih relaks lagi..sebab tahun 5 subjek teras mula minggu depan. X pe..x la sesak nak key-in markah nanti. Aku harap guru2 RPS dapat key-in markah ikut tarikh yang ditetapkan. Lagi cepat..lagi baik. Banyak yang hndk diuruskan. Jangan lupa sp chart pun kena buat. Thn depan semua guru kena online markah. Moto JPN Perak thn depan..1 Jabatan, 1 Sistem. Jadi..cikgu2 janganla fikir benda yang baharu ni membebankan. Kalau kita ambil semua perkara positif..maka positifla jadinya. Akhirnya ...selamat datang SisPA...

Thursday, October 7, 2010

September 2010

Nampak gayanya makin lama, makin x ada semangat nak menulis. Semasa baru berjinak2 dgn blog ni..teruja sangat...semua mahu ditulis...ada je gambar yg nak dimuatnaikkan. Kekangan masa antara alasan yang selalu diberi. UPSR dah pun berlalu..jadi bebanan tu dah kurang sikit. Tuntutan sebagai pelajar..assignment utk sem ni dah dimulakan sedikit. Hajat hati tu..nak siapkan sebelum Cuti Deepavali. Bukan teruja nak sambut Deepavali, tapi..teruja nak pi Gambang, Kuantan. Lama x bersukaria dgn famili. Minggu depannya pula nak ikut rombongan pelajar2 thn 6. Jadi..kena pandai la bahagi2kan masa. Lepas UPSR..budak2 ni pun x ade semangat nak belajar. Mungkin nak balas dendam kut...iyalah sebelum UPSR pulun abis buat latih tubi. Apapun bersabarlah menanti keputusan UPSR..

Thursday, May 6, 2010

Mei 2010

Malam ni rasa syahdu sikit..apsal ye? Adik bongsu dahpun dirisik..tapi aku orang terakhir tahu... tapi nasiblah dimaklumkan juga daripada x tahu langsung.. Sekarang angah dah merajuk..sape nak pujuk...

Hari ni di sekolah pun ada peristiwa sedih. Mungkin itu semua antara dugaan kecil yang harus ditempuhi. Buat Kak Zan..Lia harap Kak Zan tabah. Bukankah setiap dugaan itu mendewasakan kita?

Hari semakin berlalu..tinggal sebulan je lagi nak menjejakkan kaki di tanah suci..InsyaAllah. Macam-macam yang bermain di fikiran.

Thursday, February 11, 2010

Februari 2010

Kepala ni tengah serabut sikit. Dah masuk tutorial kedua..assignment tak mula lagi. Apsal jadi macam tu? Semangat tu x datang lagi. Assignment Seni kali ni kena buat mobail...bab buat kerja seni ni..memang minat. Tapi masa macam suntuk sangat. Idea dah ada..tapi tak tahulah hasilnya nanti cemerlang atau sebaliknya. Komsas pun soalannya berat juga...lambatnya nak habis belajar ni..Soalan Moral nampak macam senang..tapi hingga kini masih x siap-siap lagi. Mungkin faktor cuaca yang agak panas ni menyebabkan aku tak selesa dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Tapi..itu sebenarnya bukan alasan..

Kerja sekolah memang x pernah habis. Tapi tak mengapalah..dah itu kerja kita. Buatlah setakat termampu. Kak Zan pun dah risau sebab kajian tindakan x mula lagi. Aku dan Leha tunggu lampu hijau daripada Kak Zan je...apa yang penting..kerjasama. Harap-harap kajian tindakan kami tu nanti mendapat maklum balas yang positif.

Tahun Baru Cina ni..dengar khabar ramai gak nak datang ke rumah aku. Mak, ayah, dua orang adik aku, anak-anak buah, utih, lokman dan sarah. Uihh..meriah rasanya. Kali terakhir semua keluarga aku datang ke Ipoh semasa aku duk di Taman Sri Rapat. Rumah teres setingkat..3 bilik. Yang datangnya mak, ayah, fati, keluarga akak & juga keluarga siti. Masa tu arwah zuraimi ada lagi. Macam sardin apabila tidur waktu malam. Dengan panas lagi. Tapi..itu dulu. Sekarang, alhamdulillah..dah ada rumah sendiri. Saudara mara nak datang, dialu-alukan lagi. Cadangnya nak ke Kulim..ada kenduri kahwin. Esoknya, depa pi Pangkor kut. Plan x pasti lagi. Apapun aku x sabar nak sambut kedatangan mereka.

Thursday, January 21, 2010

Januari 2010

Lama gak tak menulis. Rasanya hampir 5 bulan kut tak kemas kini blog. Kehangatan, kerancakan, menulis tu rupanya ada pasang surutnya. Maklumlah banyak komitmen. Dah pertengahan bulan Januari ni..kerja perkeranian di sekolah dah diselesaikan. Kertas untuk ujian pra pun aku dah siap tanda. Tahun ni aku mengajar tahun lima dan enam. 2 kelas saje.. nampak memang x banyak kerja. 23/1 pula kelas pjj untuk sem ini bermula. Ha..masa tu nanti berperang pula dengan assgm. Tapi...x mengapalah..nak capai kesenangan bukanlah mudah.