Sunday, August 9, 2009

Syaaban/Ogos

Rupa-rupanya hampir 3 bulan aku tak buka blog sendiri..Makin lama makin malas nak menulis walaupun ada banyak cerita untuk diceritakan. Lain la macam adik bongsuku tu..yang rajin sangat menulis blognye. Bangga la tu..Bukan senang angah nak puji orang tau...Kalau puji untuk anak murid tu lainla..nak kasi semangat kat depa.

Sedar x sedar dah masuk bulan kedua aku mengajar tahun 6. Susah ganti tempat orang...nak2 lagi ajar tahun 6. Boleh kata tiap-tiap hari balik lambat. Kelas tambahan tahun 6 hari Selasa dan Khamis, kelas Baucer Tuisyen hari Isnin, hari Rabu ada Koku...memang letih.UPSR makin dekat..berapakah hari lagi Shahira? Angah harap..kakak dah sedia sepenuhnya. Lepas UPSR bukan sahaja murid-murid merdeka..cikgu-cikgu tahun 6 pun merdeka sama..Peperiksaan UPSR tahun ni buat pertama kalinya aku jadi ketua pengawas. Jadi pengawas pun x pernah..alih-alih jadi ketua pula. Apapun terima kasih atas kepercayaan yang diberi. Jaga pula sekolah besar pula tu..MGS Ipoh. Memang satu cabaran bagi aku. Insya'allah akan aku laksanakan amanah yang diberi dengan sebaik-baiknya.

Sebenarnya..aku pun dalam bulan peperiksaan juga. Peperiksaan akhir untuk sem ini. Sem ni memang teruk sikit..sebab tiga-tiga subjek bahasa. Memang susah belajar bahasa Melayu..sebab itu aku cukup tak senang kalau ada orang yang merojakkan bahasanya sendiri. Bahasa rojak ialah bahasa Melayu yang dicampurkan dgn bahasa Inggeris atau bahasa lain. Kalau bahasa singkatan..itu bukan bahasa rojak. Cuma nahu sahaja yang tak betul tapi sedikit banyak turut mencalarkan bahasa itu. Satu subjek dah selesai semalam. 16hb ni subjek psikolinguistik dan semantik..dan akhir pada 20hb subjek linguistik dan sosiolinguistik. Saja tulis tajuk subjek tu..walaupun orang x faham. Jadi..berbanggalah dengan bahasa Melayu. Kalau bukan orang Melayu sendiri yang memartabatkan bahasanya...sapa lagi?

Hari Jumaat lepas mak ayah datang rumah. Lama depa x datang..sejak raya haji tahun lepas. Tapi..sat je sebab dengar cerita nenek kena tahan di wad..mak x senang duduk. Lepas zuhur,kami pun bertolak ke Tg Karang. Ikut jln lama..sebab kawan kata memang dekat. Seronok juga lalu jln lama ni. X pyh byr tol...jln pun cantik. Tiba di hospital...sedih sangat sebab..masa sampai tu.. nenek terlantar sorang. Dlm keadaan nenek x sedar..rasanya kalau mak sendiri x tergamak nak tinggalkan sorang2. Tapi..kita kena berfikiran positif. Tak lama lepas tu..barula cik dtg semula. Bawa perkakas nenek. Tapi..aku cukup bangga dpt mak seperti mak. Mak jaga sungguh ibunya walaupun diri sendiri x sihat.