Sunday, August 9, 2009

Syaaban/Ogos

Rupa-rupanya hampir 3 bulan aku tak buka blog sendiri..Makin lama makin malas nak menulis walaupun ada banyak cerita untuk diceritakan. Lain la macam adik bongsuku tu..yang rajin sangat menulis blognye. Bangga la tu..Bukan senang angah nak puji orang tau...Kalau puji untuk anak murid tu lainla..nak kasi semangat kat depa.

Sedar x sedar dah masuk bulan kedua aku mengajar tahun 6. Susah ganti tempat orang...nak2 lagi ajar tahun 6. Boleh kata tiap-tiap hari balik lambat. Kelas tambahan tahun 6 hari Selasa dan Khamis, kelas Baucer Tuisyen hari Isnin, hari Rabu ada Koku...memang letih.UPSR makin dekat..berapakah hari lagi Shahira? Angah harap..kakak dah sedia sepenuhnya. Lepas UPSR bukan sahaja murid-murid merdeka..cikgu-cikgu tahun 6 pun merdeka sama..Peperiksaan UPSR tahun ni buat pertama kalinya aku jadi ketua pengawas. Jadi pengawas pun x pernah..alih-alih jadi ketua pula. Apapun terima kasih atas kepercayaan yang diberi. Jaga pula sekolah besar pula tu..MGS Ipoh. Memang satu cabaran bagi aku. Insya'allah akan aku laksanakan amanah yang diberi dengan sebaik-baiknya.

Sebenarnya..aku pun dalam bulan peperiksaan juga. Peperiksaan akhir untuk sem ini. Sem ni memang teruk sikit..sebab tiga-tiga subjek bahasa. Memang susah belajar bahasa Melayu..sebab itu aku cukup tak senang kalau ada orang yang merojakkan bahasanya sendiri. Bahasa rojak ialah bahasa Melayu yang dicampurkan dgn bahasa Inggeris atau bahasa lain. Kalau bahasa singkatan..itu bukan bahasa rojak. Cuma nahu sahaja yang tak betul tapi sedikit banyak turut mencalarkan bahasa itu. Satu subjek dah selesai semalam. 16hb ni subjek psikolinguistik dan semantik..dan akhir pada 20hb subjek linguistik dan sosiolinguistik. Saja tulis tajuk subjek tu..walaupun orang x faham. Jadi..berbanggalah dengan bahasa Melayu. Kalau bukan orang Melayu sendiri yang memartabatkan bahasanya...sapa lagi?

Hari Jumaat lepas mak ayah datang rumah. Lama depa x datang..sejak raya haji tahun lepas. Tapi..sat je sebab dengar cerita nenek kena tahan di wad..mak x senang duduk. Lepas zuhur,kami pun bertolak ke Tg Karang. Ikut jln lama..sebab kawan kata memang dekat. Seronok juga lalu jln lama ni. X pyh byr tol...jln pun cantik. Tiba di hospital...sedih sangat sebab..masa sampai tu.. nenek terlantar sorang. Dlm keadaan nenek x sedar..rasanya kalau mak sendiri x tergamak nak tinggalkan sorang2. Tapi..kita kena berfikiran positif. Tak lama lepas tu..barula cik dtg semula. Bawa perkakas nenek. Tapi..aku cukup bangga dpt mak seperti mak. Mak jaga sungguh ibunya walaupun diri sendiri x sihat.

Tuesday, June 16, 2009

Dan Akhirnya....

Khamis 11.06.09
Dan akhirnya tepat jam 5.15 pagi ...aku berjaya juga menjejakkan kaki Singapura. Selepas hampir 15 tahun..inilah kali kedua aku ke Singapura. Dengan penuh keyakinan..kami terus menuju ke rumah tok andak...naik teksi. Seronok ghoyak denge driver teksi oghe gue muse..kelate..Berpandukan arahan along..sampai juga kami ke rumah tok andak

Monday, May 4, 2009

Mei 2009

Dah masuk bulan lima rupanye...dah lama tak menulis. Kalau nak kira fasal kerja...memang x akan habis. Bulan 5...apa yang istimewa ye...Jgn lupa 16 Mei..Hari Guru. Jadi... wahai anak2 buahku..buatlah apa yang patut!!Bulan Mei juga Hari Ibu...angah dah beli hadiah untuk nenek tau!! Korang dah beli ke tanda ingatan buat insan-insan istimewa ni? Bulan 5 juga hari lahir Aya...elehhh tersenyum2 le tuh!!Hadiah.. angah dah beli tau. Walaupun dah x surprise lagi! Pak Ngah pun pening nak beli apa untuk anak buahnya yang manja tu. Hadiah Ikram pun dah ada...walaupun hari lahirnya dah berlalu. Wah...banyaknya hadiah ..tu belum kira hadiah untuk anak-anak murid lagi!! Bulan 5 juga ada peperiksaan pertengahan. Jadi...jangan leka ye..Shahirah, Aya, Siffa, Abby, Alia...dan x lupa kepada Akma. Bulan 5 juga result semester Jan. Angah akan keluar....Bulan 5 juga akan bermulanya kelas untuk Semester Mei. Kejap je cuti...tapi x pe..demi masa hadapanku!!Bulan 5 juga aku akan dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008...ni yang paling best. Akhirnya setelah 12 tahun mencurah bakti...dapat juga APC. Terima kasih kepada para pentadbir SK Raja Perempuan atas pencalonan namaku.

Sunday, April 12, 2009

Air Terjun Gabai

La cerita pasal Air Terjun Gabai...Fati dera kami naik tangga...tinggi pula tu! Tapi tak pe la..sebab pemandangannya memang cantik. Sempat gak b'posing di pertengahan jalan. Apabila tengok slot drama Matahari..macam kat air terjun tu je...Fati dan Siffa yang sakan...macam x pernah jumpa air terjun. X pelah..bebudak lah katakan....b'beza dgn Akma ... releks jer...


dalam apa jua situasi, majlis, acara..adik bongsuku ini memang suka b'gambar...


dan kini...aku perasan badi Fati dah t'jangkit pada Siffa...

Zoo Negara

Agak lama tak kemas kini blog sendiri. Sibuk memang sibuk... kerja sekolah tak pernah yang habis. Cuti sekolah seminggu pun terasa cepat berlalu. Sempatla juga balik Langat. Lama tak m'jengah Zoo Negara. 20 tahun lebih...tapi petang tu hujan selebat2nya. Tapi..puas la dapat jalan2 dengan Aya, Ikram, dan Shahirah.



Shahirah pun dah sama tinggi dgn maknya...



budah yang ceria..perasan cute...tapi...x tinggi2!!



Rumput yang dekat gajah ni x nampak....



X nampak muka Aya..sorryla..



Monday, March 9, 2009

Bicara Hati Seorang Kakak

Kadang-kadang sukar untuk kita mengerti,
Hati dan perasaan seseorang...
Niat yang baik...sering disalah anggap...
Adat manusia agaknya...sukar untuk menerima kekurangan diri...
Walaupun aku mengaku aku jua bukan manusia yang sempurna.
Aku bukanlah juga anak yang baik...bukan juga seorang kakak yang baik...dan bukan juga seorang adik yang baik...malah bukan juga isteri yang terbaik...
Tapi...sebolehnya aku mahu menjadi yang terbaik...baik tingkah laku...baik tutur kata...kepada suami...kepada ayah dan ibu... kepada kakak...jua kepada adik-adik...

Puisi untuk Ayah dan Ibu

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di hadapan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin

Saturday, February 28, 2009

Olahraga Tahunan RPS ke-49

Agak lama juga tidak menulis dalam blog ni...Memang sibuk sangat. Sampai migrain dibuatnya. Masa memang berharga. Sekurang-kurangnya mengajar kita menghargai masa. Tapi tak mengapa..rasanya dua kerja besar dah siap. Assignment dan olahraga sekolah dah selesai. Oh, gembira sangat rasanya! Semuanya berjalan mengikut masa yang dijadualkan. Seboleh-bolehnya...aku memang tak suka tangguh kerja. Malam tadi siapkan 3 assignment. Pagi tadi pula, olahraga tahunan sekolah. Esok ada tutorial. Olahraga tahunan tahun ni, aku jadi mc. Hahaha...kalau boleh memang nak elak. Bukan senang nak kendali majlis. Yang paling mencabar apabila tiba acara kemuncak..penyampaian hadiah. Bimbang kalau2 tersasul sebut kedudukan pemenang. Nak cari orang menyampaikan hadiah lagi...Bukan boleh sorang yang sampaikan hadiah..sebab acaranya banyak. Ingatkan bolehlah tinggalkan meja sekejap...nak ambil gambar.Tapi...tak sempat. Inipun ambil gambar dari meja juruacara. Tapi yang paling penting...rumah Nilam juara lagi. Dua tahun berturut2 weh!! Rumah sukan akulah tuh!! Bak kata "Wonder Pets", apa yang penting...kerjasama. terima kasih juga kepada semua guru rumah sukan Nilam atas kerjasama yang diberi..terutama kepada Leha selaku ketua rumah.

Setiap tugasan yang diberi itu menambahkan lagi ilmu. Seboleh2nya kena buktikan dahulu keupayaan diri. Oklah..sambung lain masa.


Sempat suruh kawan ambil gambar....


Walaupun dapat naib johan untuk kawat kaki, tak apala..yang penting dapat kekalkan johan keseluruhan..hidup Rumah Nilam!!

Kalau di sekolah rendah...cikgu2nya yang lebih daripada peserta yang ambil bahagian....

Saturday, January 31, 2009

Selamat Hari Lahir Mak, Sifa & Shahirah


Nak tunjuk manja dengan nenek la tuh..

Menung jauh Aya...


Fati...memang buruk makan :)


Nampak sebaya je Sifa & Shahirah


Ayah...moga sihat sejahtera

Balik ke Langat

Harap mak semakin beransur baik. Memang rasa x keruan bila dengar mak x sihat. Lambat betul menunggu hari Jumaat. Lepas je solat Jumaat, kami pun balik ke Langat.
Sampai KL lebih kurang jam 5..betul2 masa orang keluar pejabat. Di Ipoh x de sesesak macam di KL. Jadi dah x de keje....amik gambo





Tabung Untuk Palestin

Lama tak menulis. Seminggu cuti sekolah...seminggu juga la x buka laptop. Cuti sakan. Itulah antara untungnya jadi pendidik...Hari Jumaat 23 hb Jan yg lepas, SK Raja Perempuan serahkan kutipan untuk Palestin.Emmm banyak juga RM2,100.00. Jadi...ini gambar sekitar majlis penyerahan kutipan tu..
Yg lelaki tu...YDP PIBG En. Hazman Wong

Guru Besar SK Raja Perempuan, Pn. Norazmah bt A. Aziz

Dah namanya budak... x boleh duduk diam...


Saturday, January 17, 2009

Minggu Ketiga Tahun Baru

Hari ni dah masuk minggu ketiga tahun baru. Kerja sekolah pun dah mula mencurah-curah. Tak tahu nak mula yg mana dulu. Sendiri punya kerja...sendiri la kena selesaikan. Esok pula kelas pertama tutorial bagi sem ni. Aduh..minggu ni rupa-rupanya x de cuti la. Hari ni kelas ganti untuk Cuti Tahun Baru Cina nanti. Ha...raya Cina nanti, angah cuti seminggu la Aya, Kakak...jadi jangan cemburu aaa. Cuti seminggu pun tak dapat balik Langat. Pak Ngah ajak balik Selama. Pak Ngah nak buat kenduri doa selamat sebab kes kemalangan hari tu dah selesai.

Monday, January 5, 2009

Selamat Tahun Baru

Tahun 1430 H ni @ 2009 belum tulis apa2 lagi. Hari ni dah mula kerja. Cuti hampir 2 bulan terasa sekejap pula. Ha..la kena kuatkan fizikal dan mental untuk berhadapan dengan murid-murid baru. Tahun ni mengajar tahun 4. Aduih..kelas tingkat 3..jenuh naik turun tangga. Memang kena pakai sandal je la jawabnya. Apapun tahun ni mengajar tahap dua. Nak dapat pengalaman baru. Moga tahun ni dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Insyaallah.