Saturday, October 23, 2010

Oktober 2010

Salam... Bulan 10 ni boleh kata semua guru sibuk. Sibuk tanda kertas exam akhir tahun. Aku masih relaks lagi..sebab tahun 5 subjek teras mula minggu depan. X pe..x la sesak nak key-in markah nanti. Aku harap guru2 RPS dapat key-in markah ikut tarikh yang ditetapkan. Lagi cepat..lagi baik. Banyak yang hndk diuruskan. Jangan lupa sp chart pun kena buat. Thn depan semua guru kena online markah. Moto JPN Perak thn depan..1 Jabatan, 1 Sistem. Jadi..cikgu2 janganla fikir benda yang baharu ni membebankan. Kalau kita ambil semua perkara positif..maka positifla jadinya. Akhirnya ...selamat datang SisPA...

Thursday, October 7, 2010

September 2010

Nampak gayanya makin lama, makin x ada semangat nak menulis. Semasa baru berjinak2 dgn blog ni..teruja sangat...semua mahu ditulis...ada je gambar yg nak dimuatnaikkan. Kekangan masa antara alasan yang selalu diberi. UPSR dah pun berlalu..jadi bebanan tu dah kurang sikit. Tuntutan sebagai pelajar..assignment utk sem ni dah dimulakan sedikit. Hajat hati tu..nak siapkan sebelum Cuti Deepavali. Bukan teruja nak sambut Deepavali, tapi..teruja nak pi Gambang, Kuantan. Lama x bersukaria dgn famili. Minggu depannya pula nak ikut rombongan pelajar2 thn 6. Jadi..kena pandai la bahagi2kan masa. Lepas UPSR..budak2 ni pun x ade semangat nak belajar. Mungkin nak balas dendam kut...iyalah sebelum UPSR pulun abis buat latih tubi. Apapun bersabarlah menanti keputusan UPSR..