Thursday, October 7, 2010

September 2010

Nampak gayanya makin lama, makin x ada semangat nak menulis. Semasa baru berjinak2 dgn blog ni..teruja sangat...semua mahu ditulis...ada je gambar yg nak dimuatnaikkan. Kekangan masa antara alasan yang selalu diberi. UPSR dah pun berlalu..jadi bebanan tu dah kurang sikit. Tuntutan sebagai pelajar..assignment utk sem ni dah dimulakan sedikit. Hajat hati tu..nak siapkan sebelum Cuti Deepavali. Bukan teruja nak sambut Deepavali, tapi..teruja nak pi Gambang, Kuantan. Lama x bersukaria dgn famili. Minggu depannya pula nak ikut rombongan pelajar2 thn 6. Jadi..kena pandai la bahagi2kan masa. Lepas UPSR..budak2 ni pun x ade semangat nak belajar. Mungkin nak balas dendam kut...iyalah sebelum UPSR pulun abis buat latih tubi. Apapun bersabarlah menanti keputusan UPSR..